TikTok periksa fail dahulu
Sebelum tentukan kualiti, TikTok baca struktur fail mung dulu. Fail yang tak lulus pemeriksaan tu dihantar terus ke laluan mampatan paling teruk.
Kaedah bekas, bukan transkod. Berjalan dalam browser mung.
TikTok buang sehingga 94% kualiti video mung. hdkakloh susun semula fail tu dulu, dalam browser mung sendiri, supaya TikTok hidang yang asal.
Hok penting Video Enjin HD dihantar terus dengan Auto Post: itu satu-satunya cara yang kekal HD. Fail yang dimuat turun dan diupload sendiri, melalui app TikTok atau tiktok.com, akan pecah. Auto Post guna akaun PostPeer percuma mung sendiri, atau kredit RM1 tanpa kunci. Cara Auto Post
Eksport 1080p 60fps dahulu untuk kualiti terbaik. Alat ni susun semula fail mung, bukan menambah apa yang tak ada.
Pilih enjin
Seret video ke sini
MP4 · MOV · H.264 atau H.265 · perlu ada audio AAC
Belum disambung
Tarik pemegang. Kedua-dua klip dipotong terus daripada fail yang TikTok hidangkan, tanpa dikodkan semula.
Tampal pautan video TikTok mung. Kami baca apa yang TikTok betul-betul bina untuk video tu. Bukan apa yang mung hantar, tapi apa yang orang lain nampak.
Tunggu beberapa minit selepas upload. TikTok belum habis proses video tu serta-merta. Video kena Awam. Kami tak simpan pautan mung.
Juga dalam browser mung. Fail tidak di-upload ke mana-mana.
Alat ni mengenkod semula video mung ke 1080×1920 supaya ia muat siling 16 MB WhatsApp. Itu berbeza daripada alat TikTok di atas, yang tidak menyentuh bingkai langsung. Percuma untuk pelanggan Pro.
Ditutup buat sementara
Enjinnya siap dan sudah diuji. Yang belum habis ialah ujian sampai ke Status WhatsApp sendiri, dan kami tak nak buka sebelum itu selesai. Pengumuman keluar di channel Telegram sebaik ia dibuka.
Channel TelegramSeret video ke sini
atau klik untuk pilih
MP4 · MOV · bawah 30 saat · perlu ada audio AAC
Buka web.whatsapp.com pada komputer.
Hantar video tu ke chat mung sendiri (cari nama mung, ada tanda “You”).
Pada telefon, buka chat tu dan forward video ke Status.
Jangan naik terus dari galeri telefon ke Status. WhatsApp akan mampat semula dan semua kerja ni hilang, tanpa sebarang mesej.
Lima video yang pengguna kongsi sendiri dalam channel kami. Setiap satu disemak dengan alat semak yang mung boleh guna, dan setiap angka dibaca terus daripada TikTok.
Setiap satu: satu versi sahaja, fail asal. Biasanya TikTok bina beberapa versi setiap video dan hidangkan yang paling kecil. Untuk lima video ni, ia bina satu, iaitu fail yang di-upload, sebiji. Nak sahkan? Tampal mana-mana pautan di atas ke dalam alat semak.
Disemak 8 September 2026Tiga langkah. Bingkai video tak disentuh satu pun.
Sebelum tentukan kualiti, TikTok baca struktur fail mung dulu. Fail yang tak lulus pemeriksaan tu dihantar terus ke laluan mampatan paling teruk.
Bukan sebab talian mung perlahan. Dalam ujian kami, tangga kualiti video tu memang tak ada 1080p langsung.
hdkakloh ubah struktur bekas fail, iaitu jadual yang menerangkan video kepada pemain, supaya TikTok hidang fail mung seperti asal. Gambar dan bunyi kekal bait demi bait.
Sebab tak ada apa yang dinyahkod, fail besar pun siap dalam beberapa saat. Video besar tak payah dikecilkan.
Ikut gambar, langkah demi langkah. Dari langgan sampai video siar di TikTok.
Panduan bergambar · 15 langkah · ~10 minit
Rakam dalam 4K atau 1080p 60fps. Guna kualiti tertinggi yang telefon mung boleh. Kualiti boleh diturunkan kemudian, tapi tak boleh dinaikkan.
Masukkan dalam apa-apa app suntingan, contohnya CapCut. Sunting kalau perlu, kemudian eksport dengan tetapan di sebelah.
Fail H.265 (HEVC) terus dari iPhone? Alat akan tanya: kekalkan HEVC (HDR kekal), atau tukar ke H.264 (bingkai dikodkan semula sekali, HDR hilang). Eksport H.264 sendiri mengelakkan pilihan tu.
Kenapa bukan lebih tinggi? TikTok hidang fail mung sahaja, tanpa versi lebih ringan. Lebih 12 Mbps memang lebih tajam, tapi penonton talian perlahan mungkin tersekat.
Tetapan eksport
Jalan dalam browser, komputer atau telefon. Yang ia perlukan cuma fail video yang ada dalam peranti tu, bukan yang tersimpan dalam iCloud atau Drive sahaja.
Ia diproses dalam browser mung sendiri. Gambar dan bunyi video kekal dalam peranti mung. Pelayan kami cuma terima jadual struktur fail, dan tak simpannya.
Fail siap dalam beberapa saat. Kami banding setiap bingkai dengan yang asal dan tunjuk nombornya kepada mung.
Video Enjin HD dihantar dengan Auto Post terus dari kad hasil selepas video siap. Itu satu-satunya cara yang kekal HD: fail yang dimuat turun dan diupload sendiri, melalui app TikTok atau tiktok.com, akan pecah. Sebab tu butang simpan tiada untuk Enjin HD.
Aplikasi memampat semula video sebelum hantar, jadi kerja tu hilang sebelum fail sampai ke TikTok. Tiada ralat keluar. Video mung cuma nampak biasa.
Auto Post hantar video melalui API rasmi TikTok, guna akaun PostPeer percuma mung sendiri (20 post sebulan), atau kredit RM1 satu post tanpa kunci. Jangan tutup tab sebelum post. Caranya
Enjin 60 FPS (Beta) pula tanpa Auto Post: simpan fail dan upload di tiktok.com, bukan app TikTok.
Guna yang mana
Auto Post dari hdkakloh
tiktok.com, fail Enjin HD
App TikTok
Tunggu beberapa minit, lepas tu tampal pautan video mung dalam kotak Semak di atas. Kami baca apa yang TikTok betul-betul bina, jadi mung tak payah teka.
| Apa mung nampak | Kenapa |
|---|---|
| Kualiti tetap pecah | Video Enjin HD mesti dihantar dengan Auto Post. Fail yang diupload sendiri, melalui app TikTok atau tiktok.com, akan pecah. Enjin 60 FPS: upload di tiktok.com, bukan app TikTok. |
| "Video ini tiada trek audio" | Video mung senyap. Kaedah ni perlukan trek audio. Tambah audio, walaupun trek senyap. |
| TikTok kata "Couldn't process" | Biasanya fail HEVC yang dikekalkan. Proses semula, dan pilih Tukar ke H.264 bila alat bertanya. |
| Kawan luar negara tak boleh tengok | Lesen muzik pustaka, bukan alat ni. Baca bahagian Soalan. |
Untuk mung ia lancar, sebab fail tu dah ada dalam telefon mung. Orang lain yang tengok kali pertama nampak ia tersangkut. Masalahnya pada susunan dalam fail, bukan pada talian.
Fail CapCut biasa
5.1
bingkai setiap ketulan · jurang sehingga 1 MB
Selepas kami baiki
1.0
satu bingkai setiap ketulan · jurang tiga kali lebih kecil
Pemain video kena kumpul gambar dengan bunyi yang sepadan dulu sebelum boleh main. Kalau ketulan besar dan berjauhan, dia terpaksa muat turun banyak dulu. Masa tu la ia tersangkut. Kami susun balik supaya gambar dengan bunyi duduk rapat ikut masa.
Semua ni jadi tanpa satu bingkai pun dikodkan semula. Alat lain punya jawapan rasmi untuk masalah yang sama ni? Suruh mung pasang HandBrake, kodkan balik video. Maknanya buang kualiti yang mung datang sini nak jaga.
Kami uji dua fail: satu 19.33 Mbps yang lancar, satu lagi 20.38 Mbps yang tersekat. Kadar bit lebih kurang sama. Susunan je yang lain.
Enjin HD percuma untuk ahli channel, 2 video seminggu. Pro untuk video lebih besar dan tanpa kuota. Kredit kalau mung cuma nak Auto Post tanpa kunci.
RM0
— sebulan
Dah sambung kod di bahagian Baiki video? Bayar FPX terus di sini. Belum? Bot bawa mung ke tab Pro: FPX atau Telegram Stars.
Bulanan sahaja. Kaedah ni bergantung pada cara TikTok proses fail, dan itu boleh berubah. Kami tak jual setahun untuk benda yang mungkin tak ada tahun depan.
RM1 satu post
Kredit tak buka Pro, Enjin 60 FPS atau had saiz Pro. Video tambahan ikut had percuma, — sefail.
Dah ada kod? Tampal ia pada bahagian Baiki video.
Setiap baris ni boleh mung sahkan sendiri.
| hdkakloh | Alat sedia ada | |
|---|---|---|
| Video disimpan di server | Tidak. Auto Post simpan sementara, dipadam selepas siar | Untuk fail besar, ya |
| Had saiz fail | 1.5 GB sefail pada Pro | 500 MB walaupun berbayar |
| Fail besar dikodkan semula | Tidak | Ya, kualiti hilang |
| Perlu akaun | Telegram sahaja | Discord atau Telegram |
| Kuota mingguan pada Pro | Tiada | Ada pada sesetengah pelan |
| Fail besar kekal kualiti penuh | Ya | Tidak, dikodkan semula |
| Tanda pada fail mung | Tiada | Ada |
| Bukti kualiti selepas proses | Dipaparkan | Tiada |
| Tersekat tontonan pertama dibaiki | Ya, tanpa kodkan semula | Tidak, mung disuruh pasang HandBrake |
| Bukti TikTok hidang fail mung tanpa ubah | Padanan bait demi bait | Tiada |
“Alat sedia ada” merujuk kepada perkhidmatan setara yang kami uji sendiri pada September 2026. Ciri mereka boleh berubah.
Hampir selalunya sebab video tu di-upload melalui app TikTok. App memampat semula video dalam telefon sebelum menghantarnya, jadi kerja alat ni hilang sebelum fail sampai ke TikTok. Tiada ralat keluar. Video cuma nampak biasa.
Untuk Enjin HD, satu-satunya cara ialah Auto Post terus dari kad hasil selepas video siap. Fail Enjin HD yang dimuat turun dan diupload sendiri melalui tiktok.com juga pecah, jadi butang simpan tiada untuk enjin ni.
Enjin 60 FPS (Beta) tanpa Auto Post: simpan fail dan upload di tiktok.com. Lepas upload, tampal pautan video dalam kotak Semak untuk tahu apa yang TikTok betul-betul hidang.
Hampir selalunya lesen muzik, bukan alat ini. Trek dalam pustaka CapCut dan TikTok dilesenkan negara demi negara, bunyi yang dibenarkan di Malaysia mungkin tidak dilesenkan di tempat lain. Video mung tetap hidup dan tetap dapat tontonan; ia cuma hilang di wilayah tanpa lesen.
Kelantangan tidak penting. TikTok memadankan cap jari audio, bukan berapa kuat bunyinya. Muzik pada 5% kelantangan dikenali sepenuhnya, sama seperti pada 100%.
Kami sudah uji ini sendiri: satu sumber, patch yang sama, satu versi bermuzik dan satu tanpa. Hanya yang bermuzik disekat. Menyusun semula bekas MP4 tidak menyentuh apa-apa berkaitan wilayah, tiada medan sebegitu dalam fail.
Sesetengah penyunting menulis fail dengan video dan bunyi berjauhan di dalamnya. Pemain terpaksa memuat turun jauh lebih banyak sebelum ia ada satu saat yang lengkap, jadi ia tersekat pada tontonan pertama dan lancar selepas itu. hdkakloh merapatkan susun atur itu, tanpa mengekod semula.
Masih tersekat untuk penonton talian perlahan? Hidupkan Mod Ringan sebelum memproses.
Tiada jaminan. Kaedah ini bergantung pada cara TikTok memeriksa fail masuk, dan mereka boleh mengubahnya bila-bila masa. Sebab itu Pro dijual bulanan sahaja. Kalau ia berhenti berfungsi, kami umumkan di channel dan di laman ini, bukan berdiam diri.
Auto Post hantar video yang dah dibaiki terus ke TikTok melalui API rasmi TikTok. Tak perlu buka tiktok.com atau app TikTok. Ada dua cara guna.
Kunci PostPeer sendiri. Daftar akaun PostPeer percuma (20 post sebulan daripada PostPeer), sambung akaun TikTok mung, dan tampal API key sekali sahaja. Boleh untuk tier percuma dan Pro. Caranya, bergambar
Kredit Auto Post, RM1 satu post. Tak perlu daftar PostPeer: tekan Sambung TikTok sekali, dan post dihantar melalui akaun PostPeer kami. Kredit tak luput, dan kalau post gagal, kredit dipulangkan automatik.
Kuota percuma minggu ni dah habis? 1 kredit juga membuka 1 video tambahan: video diproses, dan Auto Post video tu tidak tolak kredit lagi.
Had TikTok tetap terpakai, lebih kurang 15 post sehari bagi setiap akaun TikTok.
Percuma: Enjin HD untuk ahli channel Telegram hdkakloh, 2 video seminggu, sehingga — sefail. Alat semak kualiti terbuka untuk semua, tanpa daftar.
Pro, — sebulan: tanpa kuota mingguan, sehingga — sefail, dan Enjin 60 FPS. Auto Post guna kunci PostPeer sendiri; Pro tidak termasuk kredit.
Kredit: Auto Post tanpa kunci, dan video tambahan bila kuota percuma habis (1 kredit = proses + Auto Post video tu). Kredit tak membuka Pro, Enjin 60 FPS atau had saiz Pro. Boleh dibeli bersama Pro atau tanpa Pro.
Sambung akaun dulu: ambil kod daripada bot Telegram kami dan tampal di bahagian Baiki video. Lepas tu, bayar FPX terus di bahagian Harga laman ni. Atau bayar dalam bot, dengan FPX atau Telegram Stars.
Lepas bayar FPX di laman, tekan Dah bayar, semak status atau butang segar ↻ pada bar akaun. Bot juga hantar mesej pengesahan.
Pro sah 30 hari dan tidak diperbaharui automatik. Bayar sebelum tamat, dan 30 hari ditambah pada tarikh luput sedia ada. Tiada bayaran balik dalam bentuk wang; kredit bagi post yang gagal dipulangkan. Butiran penuh dalam Terma.
Enjin HD ialah pilihan biasa. Ia susun semula fail mung tanpa menyentuh satu bingkai pun. Dengan Auto Post, HD stabil.
Enjin 60 FPS (Beta) untuk akaun yang dapat 30 fps selepas upload walaupun fail asalnya 60 fps. Untuk pelanggan Pro, video sehingga —.
Kelebihan: tak perlu Auto Post. Upload terus di tiktok.com.
Kekurangan: pratonton dalam browser nampak perlahan (slow motion). Di telefon, fail yang dimuat turun mungkin tak boleh dimainkan atau tunjuk 0 saat. Itu normal: upload fail tu ke tiktok.com dan ia main elok. HD juga tak stabil; ada video yang menjadi, ada yang tidak.
Nak HD setiap kali? Guna Enjin HD dengan Auto Post.
Tak payah. Alat ni kerja pada struktur fail MP4, bukan pada app yang buat fail tu. Rakaman skrin, video dijana AI, eksport CapCut, semuanya boleh.
Tapi untuk hasil terbaik, eksport 1080p 60fps, 8-12 Mbps, H.264 dari CapCut atau mana-mana app suntingan. Satu syarat sahaja: video tu kena ada bunyi.
Alat akan tanya dulu, dan kami syorkan Tukar ke H.264. TikTok terima dengan kualiti asal. HDR hilang, dan bingkai dikodkan semula sekali.
Kekalkan HEVC mengekalkan HDR dan Dolby Vision, tapi dalam ujian kami TikTok tetap menurunkan video tu ke 720p. TikTok juga pernah tahan dan buang video HEVC yang dihantar melalui Auto Post.
Paling elok: eksport H.264 sendiri dari app suntingan. Soalan tu tak akan ditanya langsung.
Kaedah ni bekerja melalui trek audio dalam fail. Kalau video langsung tiada bunyi, tiada apa untuk disusun semula, jadi kami berhenti dan beritahu, bukan bagi balik fail yang tak menjadi.
Selalunya kena pada rakaman skrin senyap, atau video yang audionya dibuang masa eksport. Tambah audio, walaupun trek senyap, lepas tu cuba semula.
Pro sehingga — sefail, tanpa kuota mingguan. Tier percuma (ahli channel) sehingga — sefail, 2 video seminggu. Semasa promosi, pengguna berdaftar dapat — sefail.
Had itu pilihan perniagaan kami, bukan had teknikal: data video tidak pernah dimuatkan ke memori, jadi fail bergigabait memang boleh diproses. Siling Pro sengaja lebih rendah daripada apa yang enjin boleh buat, sebab fail yang lebih besar menyusahkan mung di TikTok sendiri: muat naik gagal separuh jalan dan app telefon memampat lebih agresif.
Dengan Enjin HD, tidak. Selepas setiap fail siap, kami baca semula fail itu dan banding setiap bingkai dengan yang asal. Nombornya dipaparkan kepada mung. Kalau satu bingkai pun berubah, kami beritahu dan nasihatkan jangan guna fail itu.
Dua pilihan memang mengekod semula, dan hanya bila mung pilih sendiri: Tukar ke H.264 untuk fail HEVC, dan Mod Ringan (1080p 3 Mbps) untuk penonton yang tersekat.
Gambar dan bunyi video mung kekal dalam peranti. Untuk Enjin HD dan Enjin 60 FPS, browser cuma hantar jadual struktur fail (biasanya beberapa ratus KB, tiada gambar atau bunyi) ke pelayan kami untuk dibina semula, dan kami tak simpan.
Satu pengecualian: Auto Post. Video penuh disimpan sementara di storan kami supaya TikTok boleh mengambilnya, dan dipadam sebaik ia disiarkan (paling lama sehari). Kunci PostPeer mung kekal dalam browser mung. Butiran penuh dalam Privasi.